Apa yang Membuat Nilai Hartanah Meningkat? Key Factor

 Bagaimana anda nak  menilai sebuah hartanah?  

Tapi sebelum anda nak mengira atau menilai harga pasaran sesebuah hartanah, anda perlu mengetahui mengenai supply and demand.

Apakah supply and demand ni? Dalam bahasa mudah ia bermaksud bekalan dan permintaan. Semakin banyak permintaan daripada bekalan bagi hartanah tersebut maka, semakin meningkat nilai hartanah tersebut. Maksudnya tak banyak pilihan yang boleh didapati melainkan perlu berebut atau compete untuk mendapatkan hartanah tersebut. 

Kenaikan dalam nilai harga pasaran hartanah ni kita panggil as capital appreciation. Tapi, apakah faktor yang mempengaruhi peningkatan nilai hartanah dari masa ke semasa?

Biasa orang akan kata banyak peluang pekerjaan kat situ. Ya, betul lah tu. Jadi, apakah yang mempengaruhi peluang pekerjaan tu yang menjadi faktor peningkatan tu?

1- Lokasi yang strategik (sangat penting ya..)

Terdapat community improvement iaitu penambah baikan seperti banyak pusat komersial seperti restoran, tempat shopping, kemudahan awam seperti pengangkutan dan access jalan raya, taman rekreasi, pengindustrian dan lain-lain. Tak lain tak bukan sebab banyak peluang pekerjaan di sekitar berdekatan dengan hartanah tersebut.

Kadar rekod jenayah yang rendah mempengaruhi nilai hartanah juga selain disebabkan banyaknya pusat pendidikan dan pengajian meningkatkan kadar populasi dan golongan berpelajaran tinggi dan bergaji tinggi. Seterusnya, kadar kebolehpasaran dan kemampuan untuk memiliki hartanah semakin tinggi.

2- Permintaan dan Bekalan (Pemintaan lebih banyak dari bekalan)

Semakin banyak permintaan semakin tinggi harga. Pemintaan lebih tinggi berbanding bekalan.

3- Pengezonan sesuatu lokasi (Pusat pertumbuhan)

Sebagai contoh wilayah persekutuan, KL dan Putrajaya serta hampir seluruh Selangor dizonkan sebagai kawasan koburnasi Nasional. Terkini, dalam RMK11 Malaysian Vision Valley (MVV) memasukkan Negeri Sembilan iaitu Seremban (Nilai, Seremban dan Port Dickson)

4- Perkembangan ekonomi (cth: peluang pekerjaan, pengindustrian, populasi)

5- Politik

6- Bencana alam

Comments

Posting terbaru saya