Anda mempunyai depression, anxiety, insomia atau gangguan tidur?
Bagaimana untuk mengatasinya?
Serotin dapat membantu meningkatkan mood anda.
Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa peningkatan level serotin dalam badan dapat membantu meningkatkan level mood anda. Ini adalah kerana serotin adalah bahan kimia di dalam otak yang dapat memberi kesan kepada mood anda. Terdapat beberapa peranan serotonin dalam badan anda iaitu mempengaruhi proses pembelajaran, daya ingatan, mood happy termasuk regulasi suhu badan, tidur, seksual dan rasa lapar. Ini bermaksud serotonin adalah neurotransmitter yang menghantar mesej kepada seluruh badan anda tentang apa yang anda rasa dan fikir. Oleh itu, jika anda mengalami masalah seperti tekanan, mood swing, gangguan selera makan, anxiety, insomia atau gangguan tidur yang lain, anda mungkin mengalami kekurangan atau ketidakseimbangan serotonin. 90% serotonin dihasilkan oleh apa yang anda makan dan 10% daripada otak.
Bagaimana untuk meningkatkan serotonin dalam badan?
1- Diet yang sihat (pengambilan tryptophan)
Serotonin dihasilkan daripada protien yang anda makan. terutamanya tryptophan. Jadi, pengambilan makanan yang mempunyai khasiat tryptophan yang tinggi dapat membantu dalam meningkatkan serotonin. Antara makanan yang mengandungi tryptophan adalah telur, pisang, susu, salmon, pumpkin seeds, cheese, ikan, coklat, yogurt, bayam, nenas, oat dan kekacang.
2- Kurangkan Gula dan makanan Fast Food
Kurangkan pengambilan gula dan makanan fast food kerana ia dapat memberi kesan yang tidak baik kepada serotonin.
3-Keluar berjalan (Pendedahan kepada cahaya matahari)
10% serotonin dihasilkan melalui otak. Oleh itu, apabila cahaya matahari memasuki mata, ia meransang retina untuk memberi isyarat kepada otak untuk menghasilkan serotonin. Selain itu, kulit anda juga menyerap cahaya matahari untuk menghasilkan hormon dopamine dan serotonin.
4- Senaman (Exercise)
Mengapa senaman dapat meningkatkan level serotonin? Ini adalah kerana peningkatan aliran darah ke otak: Saat anda berolahraga, jantung anda dapat mengepam lebih banyak darah ke otak dan seluruh tubuh. Ini membawa lebih banyak tryptophan. Selain itu, dapat melepaskan hormon endorphin dan memberi stimulasi kepada sistem saraf atonom.
5-Tidur yang cukup
Tidur yang cukup amatlah penting kerana dapat memulihkan otak anda. Selama anda tidur, otak anda dapat beristirehat dan dapat melakukan pelbagai fungsinya untuk pemulihan dan pembaikan terhadap jaringan penghasilan neurotransmitter seperti serotonin.
6- Bersosial atau berhubung dengan kenalan anda
Menjaga hubungan sosial yang positif dan sehat dapat memberikan kesan yang positif pada kadar serotonin dan kesejahteraan mental anda. Pastikan untuk merawat hubungan anda, berinteraksi dengan teman-teman dan keluarga, serta mencari sokongan (support system) ketika anda memerlukannya. Ini adalah salah satu cara penting untuk merawat kesehatan mental anda.
7- Melatih diri untuk bersyukur dan bermeditasi
Meditasi memungkinkan anda untuk mengembangkan keterampilan pengelolaan emosi yang lebih baik. Ini dapat membantu anda mengatasi perasaan negatif seperti kecemasan dan depresi yang dapat mengganggu produksi serotonin. Malahan, bermeditasi dan merasa bersyukur secara teratur dapat membantu anda merasa lebih bahagia, damai, dan puas dengan hidup anda.
Thanks for being a beacon of knowledge. Your post was truly enlightening.
ReplyDeleteThanks for being a reliable source of wisdom and knowledge.
ReplyDelete