Sunday, 24 February 2019

Pulau Perhentian Besar Part 1

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah dengan dengan segala nikmat yang dikurniakan. Bersyukur apa adanya. Kali ni nak share tentang Pulau Perhentian Besar. Aku rasa Pulau Perhentian Besar adalah antara tempat yang paling aku seronok dan kenangan terindah kerana kami ditemani baby syurga. Alhamdulillah sebelum pemergiannya kami sempat bercuti bersama-sama. Walaupun selepas itu, dugaan terbesar kami datang dengan kehilangannya.

Pulau Perhentian Besar ni terletak di negeri Terengganu. Kami bercuti selama 4 hari dan 3 malam. Kami bertolak pada hari Jumaat selepas solat Zohor. Kononnya, nak bergerak pagi tapi abah nak selepas Zohor. Alhamdulillah perjalanan diberkati rasanya sebab kita selesaikan tanggungjawab. Walaupun, lelaki sahaja yang wajib tapi kita semua terlibat tau. Kami bertolak ke Kuala Besut. Almaklum bergerak bersama ibu bapa ni mesti bawak bekal dan sebagainya. Tapi kami tetap makan di kedai makan. haha... Tapi semua tu tiada masalah. Bawak selagi boleh. Kita nak happy2 je.
 
Akhirnya, dalam waktu sebelum isyak gituh kami makan di Setiu, Terengganu. Kitorang sibuk makan, diorang sibuk buat video. Budak-budak ni pandai explore sendiri.


Akhirnya, kami sampai di homestay Tok Abah. Alhamdulillah, selesa, kemas dan bersih. 5 Bintang. Tapi gambar ni gambar waktu pagi. Abah berjalan-jalan tengok kawasan kampung. Kami pon kawasan kampung tapi bukan camni.
 Waktu sebelum bertolak ke jet. Ada gambar full tapi aku tak tau gi mana.

Bot kami akan sampai dalam pukul 11 pagi gitu. Jarak homestay ni dari Jeti Kuala Besut just around 5 minute.So, kami siap-siap makan sarapan plus lunch. Murah betul makan di Besut. Nasi dagang, Nasi Kerabu hanya RM3.00 portion banyak pulak tu. Video sememangnya banyak. Seronok ada budak-budak.huhu. Diorang menceriakan suasana. Mak abah pon happy je. Kereta kami tinggal di Homestay Tok Abah. Tok Abah hantar dan ambil. So, selamat dan murah serta jimat.

View hadapan The Barat Resort. 

MasyaAllah, SubhanAllah indahnya ciptaan Tuhan. Sampai-sampai jeti depan resort ikan banyak betul. Kami sampai around 1.30 pm tepat pada masa kami nak check-ini. Tapi depan resort ni tak sesuai mandi sebab macam dalam sikit dan banyak batu karang. 

Sementara, tunggu nak check-in rasanya. Ikan gigit-gigit kaki. Jernih betul air dan biru. Yang pali aku menyesal adalah tak dapat ambil gambar proper semua yang ada tapi adala cukup bukan semua dalam satu gambar. Nasihatnya, sampai-sampai terus ambil gambar takut lepas tu dah tak sempat.

Bersama abah kesayangan, adik hensem dan kak Idah.

My love
 Banyak gila ikan. Bawak roti habis digigitnya. Gamat pon ada. Kalau terpijak geli...lembik2 je.

The Barat Perhentian Resort

Kami unpack barang dan rehat-rehat berserta solat. Pastu, kami makan-makan sebab ada beli kuih-kuih di jeti. Lepas tu bebudak ajak mandi. Aku kata tak nak sebab panas tapi disebabkan ada bebudak aku ikut je. Last-last terjun jugak. Mandi dengan ikan. Port dia bukan di depan The Barat Perhentian tapi ke sebelah Coral View Resort. Kat sana pasir putih dan banyak ikan. Ikan akan banyak di tempat yang banyak batu. Sebelah Coral View Resort ialah Perhentian Resort. Kat sana banyak dugong. My niece tanya kenapa diorang tak pakai baju dan ada yang tak pakai bra. Aku just cakap kita Islam ada perasaan malu dan kena tutup aurat. Then, cakapla tak yah pedulikan mereka. Kami tak pergi sana pon sebab tak best sebab kat situ macam tempat berjemur je. Kami nak mandi.hehe. Lama betul kami.

Kat sinilah port kami mandi-manda. Sebab Hari first just check-in dan aktiviti sendiri.


Bersambung... Next akan cerita tentang budget dan aktiviti. aktiviti snorkeling dan transfer untuk 8 dan 2 budak dewasa aroung RM720. Budak bawak umur 5 tahun tak kira.