Nak Kerja Apa? Dilema Aku Penganggur Graduan Master

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hmm...cerita pasal nak kerja apa ni memang dilema. Haha. Actually sedih. Aku tak ada pengalaman kerja ke? Ada...banyak gila sebenarnya. Dari zaman sekolah aku kena tolong ayah aku niaga. Aku tolong sebab tak nak mak penat. Kesian...

Tingkatan 1 dah start niaga kot. Haha. Menjual pakaian di pasar-pasar pagi dan malam. Biasa aku tolong niaga petang lah sebab pagi sekolah. Aku bukan saja pandai pasang khemah dan besi. Bukan pasang khemah 10kaki ye tapi 30 kaki. Besar tak? Haha. Menjual pon pandai. Haha... Tapi aku dilema lagi bila aku kena tolong abang aku jugak. Aku berbelah bagi. Ada lah kisahnya. Kisahnya buat aku tak suka berniaga. Oh ye, kalau berniaga jangan menjual dengan orang kampung or kawan-kawan. Biasalah...haha. So, naturally kawan tak tahu pun.

Sampai f6 niaga. Cuma bila f6 aku pandai dah borong barang dengan taukeh. Simpan duit barang yang aku jual. Duit tu tak bagi abah sebab abah campur aduk duit ladang dan meniaga. Memang kena macam tu. Tapi setakat 1k jelah seminggu. Biasalah terhad, aku simpan duit barang yang aku jual je tapi separuh. Duit barang yang abah jual tak tau mana. Haha.

Pastu bila sambung belajar, time cuti sem yang Raya je aku akan niaga ekspo atau tolong abah. Ni pun dilema sebab abang dan abah. Ya, aku pandai menjual tapi aku jadi tak suka. Haha. Biasalah masalah dalaman.

Eh, kenangan juga. Dulu, aku ajak adik bukak ekspo tapi yang murah tu. Tapak 700 untuk 2minggu. Hehe memang bukan port orang niaga pakaian lah kat situ tapi tak pe. Modal kitorang hanya barang kedai abah yang tak jalan tu (aset beku. Haha). Aku saja nak ajar adik handle perniagaan yang kecik ni. Adik niaga pasar, aku ekspo. Duit jualan kami campur untuk rolling. Haha tapi terror jugak kami dapat melicinkan barang lama dan baru. Pastu keuntungan bahagilah abah, mak dan adik. Aku just upah lah. Haha. Buleh tambah buat beli motor. Haha.

Oh ye... Sebelum aku buka ekspo tu aku saja lah try keje kat kedai pakaian. Tapi kerja tak lama. Berbelah bagi kenapa kerja dengan orang bukan family? Tolong family or orang luar? Bisinglah... Tu yang aku ajak adik buka ekspo.

Niaga tu rutin kalau aku cuti atau ada kat rumah. Sebelum konvo ada lah kerja kerani kat koperasi Felda. Hmm...birokrasi. So, tak lama. Aku buatlah dropship. Aku nak berniaga tapi abah marah sebab dia nak aku kerja bagus. Government sesuai dengan qualification.

Lama ngangur 6 bulan. Aku mohonlah kerja kt bank pula. Dapatlah kerja kt bank rakyat. Jadi BRSMART jual produk personal loan. Huhu. Terror juga aku 1st month dapat jualan 500k tapi tu pun  sebab aku masuk lewat 2minggu. Aku pergi umrah. Hehe. Next month dapat jugalah 1M. Bolehlah sebab beginner. Aku pon tak kuar ofis sangat. Ada budak masuk sebulan pon tak ada jualan lagi.

Lepas tu, aku accident. Teruk juga. Impak kat kepala dan muka. Stress aku muka dan mulut aku berparut. Dah la ada kesan jahitan. Nasiblah aku masih comel walaupun dengan kesan ni. Haha. So, aku decide sambung master dengan tergesa-gesa. 2 minggu preparation sambung kat UKM. Haha. Tapi dengan harapan parut aku ni cepat hilang. Tapi tidak ye. Haha.

Oh ye. Sambung dengan duit sendiri. Sedih. Dah tau bengap nak sambung juga. Aku ambil mixed-mode. Pergi daftar dan cari rumah semua sendiri. Alhamdulillah rezeki, kak aku suruh guna kereta dia. Walaupun pada mulanya aku tak nak. Nanti banyak berbudi. Haha.

Permulaan, hidup yang betul-betul sendirian. Habis sem 1st aku pastikan proposal lepas. Alhamdulillah...lepas je. Hehe. Pastu, aku abaikan penulisan dengan mencari sara hidup. Jadi pembantu guru anak istimewa. Best jugaklah. Dalam 2 bulan gitu. Kemudian, mohon jadi pem.setiausaha kat USIM (degree aku dulu) dapat. Yang ni kerja harian dengan kontrak 3 bulan. Best jugak. Time ni aku banyak tidur kt masjid dan library. Haha.

Habis kontrak aku tumpukan perhatian kat tesis semula selama 3 bulan. Settle bab (tapi sv macam tak puas ati sebab masih terawang²). Jadi aku abaikan kejap. Cari kerja. Pastu kerjalah jadi cashier kt Petronas, Bangi. Hehe. Duit aku selalu hilang dan tersorok kt dalam mesin. Stress aku. Kena marah dengan bos sebab aku tak lap pintu kaca dan mop lantai. Aku tak tau pon kena buat. Tak ada siapa suruh dan dan cashier lain tak ada buat pon. Tapi aku ok je cakap "baik bos". Oklah kerja 2 bulan.

Then, cari kerja lain. Jadi pereka grafik pula. Yang ni lama sikit 5 bulan. Then, stop sebab lama aku abaikan tesis. Aku struggle siapkan tesis. Alhamdulillah, yang ni mmg aku betul² fokus. Start bulan 6/2018-1/2019
aku adjust balik semua dan dapat hantar draf untuk Viva. Bulan 5 time Ramadhan seminggu nak raya Viva. Alhamdulillah dapat tesis Cemerlang.

Eh, lupa. Aku ada kerja sebagai personal assistant untuk syarikat insurans rasanya 2/3 (9-11/2019) lepas tu bos pindah pejabat. Dia ada minta aku ikut pindah pejabat sana. Masuk tak perlu hari-hari. Aku tak nak. Susah nak fokus aku kata. Gaji last dapat separuh je. Haha. Aku redha je lah.

Siapkan correction selama sebulan. Kemudian,aku cari kerja. Aku kerja operator kilang coklat beryls kat Bangi. Pastu, ada mohon juga jadi RA kat UKM. Mula-mula aku buat dua-dua, lepas tu aku diminta stay kt UKM fokus dengan kerja research. Berhenti kerja kilang. Jadi operator ni penat tapi ok jugak dapat makan coklat. Masa mula-mula kena buli gak la atau dia orang  nak test la tahan idok. Aku bertahan, ramai yang sehari dua berhenti. Lepas tu, dah get along. Hehe

Now, kontrak research dah habis. Jadi aku dah jadi penganggur graduan master. Apa guna ijazah² aku? Entahlah. Dapat tesis cemerlang untung ke? Entah lah tapi alhamdulillah rezeki. Eh, tesis aku dibukukan. Bolehlah...

Now, duduk kampung yang disebut asyik pasal kerja dan kahwin. Haha aku stress rasa nak mati. Macam mana nak kahwin kalau tak kerja dan calon tak ada? Macam mana nak kerja kalau expectation nak yang tinggi je? Nak gaji besar, nak yang government. Pastu, kalau kahwin nak lelaki yang baik, ada rupa dan berkemampuan. Expectation terlalu tinggi so, aku agak stress la. Hahaha. Aku tak percaya benda yang dinamakan sempurna melainkan Allah. Kita takkan dapat yang sempurna. Jodoh tu aku letak tepi lah. Ada jodoh ada lah. Haha. Dapatkan kerja lagi penting dari jodoh. Betul ke tak?

Tapikan, tau tak kenapa mak tak berkenan sangat aku sambung master sebab nanti tak kahwin-kahwin. Haha betul lah tu. Kalau nak sambung PhD lagi lah. Takut mak. Aku tak nak sambung. Nyesal sebab sedar diri ini tak layak sebenarnya. Orang yang pandai dan layak, dia akan ditawarkan bukan yang memohon dan merayu mcm aku nih.haha

Dah La. Saja panjang-panjang  bukan ada orang baca pon. Hehe. Coretan untuk 3 bulan pengangguran. Haha

Comments

Posting terbaru saya