Kenapa seorang lelaki tak dikenali tiba-tiba ajak kahwin?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sajalah nak tulis lagi. Hehe. Hari ni hari jumaat. My favourite day.... Aku suka start buat sesuatu masa hari Jumaat. Penghulu segala hari kan.

Power tak tajuk? Korang pernah kena yang macam nih??? Aku pernah. Haha lawak. Alkisahnya aku berdaftar secara premium dekat portal tilljannah tu tapi yelah kan usaha hangat-hangat tahi ayam. Daftar, kemudian biar. At least aku cuba kn? Biasalah sebelum tu, aku ada jugak bagi salam orang tak balas. Orang bagi salam kat aku, aku pon tak balas. Mesej nak berkenalan pon ala-ala tak nak. Haha.

Aku tak ingat bila aku daftar. Disebabkan dah lama tak berfungsi, aku buka la sebab sayang membazir. Tau sebab apa? Aku fikir portal ni macam tiada guna untuk aku jadi aku nak cari mangsa buat bahan atau kawan. Haha. 

Tapi ada sorang adik ni mesej. Aku layan sebab adik-adik so, no harm lah kiranya.  Bukannya aku nak kahwin dengan dia pon. Tapi nak dijadikan cerita, leceh sebab portal ni mesengger dia kurang efisyen. So, hilang mood. Jadinya, budak tu minta nombor wasap. Awalnya aku malas lah nak bagi tapi memandangkan adik² aku ok je. Tapi, niat aku main-main je dah terkubur.

Tapi malam tu dia wasap. Terus introduce diri sebagai my future husband. Haha. Time ni aku tak nak layan lagi sebab tengah layan manga. Then, dapat panggilan. Aku tak angkat tapi aku balas salam dia. Tiba-tiba ajak kahwin weh.

Aku macam... Eh, budak ni. Aku layankan. Dia ajak aku kahwin tanpa tahu nama aku dan sebagainya. Siap tanya "tahun ni awak ok? Umur dah nak dekat 30 takkan tak ready lagi". Aku iyekan jelah aku dah tua cuma aku tanyalah kenapa dia macam ni? What happened? Gtuh... Dia just cakap lebih kurang macam ni  "bercinta lama-lama pon tak jadi apa-apa. Buat penat". Aku assume dia putus cinta nih tapi tak de lah cakap gitu kan kat dia.

Aku suggest la dia kenal aku dulu pastu mana tahu tukar fikiran. Haha. Lawaknya dia cakap keputusan dia muktamad. Tanya nama full untuk akad nikah. Perghh dasyat budak ni. Layan jelah.

Aku sajalah layan tapi tak lena aku tidur weh tetiba ada orang ajak kahwin. Dahla adik-adik. Aku tak buat solat istikharah pon sebab aku tak rasa patut lagi. Esoknya, aku tanya macam-macam soalan. Haha. Antaranya, berapa ramai perempuan dia guna cara macam ni? Ada dua orang tapi tak dapat  katanya. Aku tanyalah kenapa tak dapat? Sebab dia tak nak. 

Aku tanyalah, "kenapa tak nak?" Aku sajalah triggered dgn cakap manalah tau aku calon seterusnya yang dia tak nak. Pastu aku cakap macam tak caya Haha ada orang cair dengan cara cmni... Jahat betul aku.  Sorry 🙏.

Tapi aku terfikir juga, adakah dia ni scammer? Aku pernah ye melayan scammer. Saja suka-suka. Nak mempermainkan aku? Meh aku pon boleh. Ah, tu cerita lain. Haha 🤣 lawak juga cerita scammer tu.

Tapi dia macam sedihlah aku tak serious. Sapa kenal aku tahu lah. Gila lah aku nak serious? Tapi bab kerja lain lah. Serious yang amat. Haha.
Aku tanya banyak kali, betul ke dia serius? I cannot brain lagi. Haha. Aku cakap lah pasal kahwin ni benda besar aku tak boleh terus decide. Hehe. Tapi betul lah kan? 

Then, dia minta gambar. Uish, scammer Aku dulu pon minta gambar. Haha 🤣. Aku tak bagi. Aku nak je bagi gambar fake mak cik kerepot tapi tak sampai hati pulak. Aku try lah consider. Aku cakap aku cuba insyaAllah. Kalau ada jodoh (dah tak ada jodoh pon. Haha 🤣).

Esoknya, aku tanyalah kawan aku betul ke kalau lelaki tiba-tiba ajak kahwin ni? Siap tanya rumah n nama untuk akad nikah? Haha. Kawan aku bagi pendapat, dia cakap betul lah tu. Aku tanyalah apa nak buat? Belajar sampai master, ambil bidang islamic dan tulis buku islamik tapi gagal bab macam ni. Haha.

Then, perangai aku ni macam examiner weh. Tak leh nak ubah. Haha. Aku tanya lagi macam-macam soalan. Antaranya, kenapa dia macam ni? Dia putus cinta ke? Mampu ke? Mak dia tak kesah ke kalau dengan orang tua macam aku ni? Tak rasa rugi ke kahwin awal. Dia muda lagi 24 tahun and aku 28 tahun. Bla bla bla....

Dia ada tanya aku sudi tak sebenarnya? Aku sebenarnya masih berfikir. Haha sebab aku still rasa nonsense. Lepas tu, minta gambar lagi kata nak tunjuk kat family. Aku tak bagi lah. Takut lah orang zaman sekarang. Hmm... So, tak. Dia dah fed up. Dah putus asa. Haha. Tak sempat lagi nak bagi tahu keburukan aku yang banyak. Haha

Last sekali, aku uji lah kalau betul dia serius jomlah jumpa kakak dan abang aku. Baru jumpa parents aku. Aku penat dah nak tanya soalan tak yang tak dijawab. Kemudian, dia menghilang. Hehe. Dah gave up, sebelum ni kata muktamad. Hehe lawaklah.

Harapnya aku tak menganiaya dan menyakiti si dia. Haha... Aku harap tindakan aku betul. Aku dah la tak pernah bercinta jadi, aku takut kalau aku dipergunakan, dipermainkan dan dikecewakan. Aku ok aje soal bercinta lepas kahwin tapi at least tahu hati budi dan agamanya. Pakai hantam kromo ni mencurigakan. Nanti orang tu menyesal dan aku pun menyesal tiada gunanya. 

Ok tak ada rezeki nak bercinta dengan adik-adik. Haha. Yang lawaknya sebelum tu aku ada mimpi aku dapat rantai emas dan gelang emas. Pastu, rupanya aku dah berkahwin. Aku ok jelah. Cuma, bila aku tau suami aku tu budak or adik-adik aku terkejut dan lari. Tak dapat terima kenyataan. Then, aku terkejut dari tidur. Haha. Masa tu pukul 4.30 pagi. 

Betul lah tu ada adik-adik ajak aku kahwin. Haha lawakla. Tapi, aku mimpi mungkin sebab hari-hari mak cakap pasal kahwin. Suruh aku kahwin je lah kalau ada orang nak. Aku cakap lah aku kan tak bekerja jadi, tak ada siapa nak. Senyap mak aku. Hehe. Antara kerja dan kahwin mana satu mak aku nak? Mak jawab dua-dua kena. Aku cakap kena pilih satu je. Mak pilih kerja. Aku cakaplah so, tak yah cakap pasal kahwin dah. Haha. Now, asyik sebut pasal kerja pula. Penatnya hatiku dan mental ku.

Korang joinlah portal cari jodoh ni. Kot-kot ada jodoh korang kat situ. Tapi untuk yang bujang je tau! Cuba klik link bawah ni. 
https://www.tilljannah.my/r/8466121 

Sekian. Doakan aku dapat kerja. Amiin.


Comments

Posting terbaru saya