Asalamualaikum wbt. dan salam sejahtera. Semoga kita sentiasa dalam keberkatan hendakNya.
Sekarang banyak sangat lambakan graduan Master/PhD. Antaranya aku. Ini berdasarkan pengalaman dan pengamatan aku. Salah satu perkara penting untuk diambil kira semasa nak menyambung pelajaran adalah "kenapa anda nak sambung?".
Jangan ingat jika kita mempunyai sijil yang lebih tinggi, kita boleh membuka lebih banyak peluang. Hidup ini pilihan tetapi buatlah pilihan sebaiknya. Jangan sebab nak larikan diri, nak gaji besar dan membanggakan orang lain kita menyesal dengan keputusan kita dikemudian hari.
Tetapi, jika anda ingin menyambung pelajaran hanya sekadar tidak tahu apa nak buat, tak tahu nak jadi apa dan seumpama dengannya. Anda tidak akan ke mana-mana. Sebaliknya, jika anda ingin menyambung dengan niat untuk menimba ilmu pengetahuan itu adalah lebih baik. Ini kerana ilmu pengetahuan tidak ternilai jika nak dibandingkan dengan wang ringgit. Tetapi kita juga perlukan wang ringgit. haha. Jadi, jika ada kemampuan silakan. Sesungguhnya pengalaman menimba ilmu di peringkat Master dan PhD sangat berbeza.
Antaranya, anda perlu jadi lone ranger, penyelia anda menyangkakan anda bijak pandai dan berkemampuan. Malah, jika anda berminat untuk menyambung dalam mode research atau mix-mode bersedialah untuk fikirkan kajian yang menyumbang kepada masyarakat atau hanya sekadar untuk mendapat lulus. Kedua-duanya juga berbeza.
Jika anda ingin melakukan sesuatu bidang research anda perlu pertimbangkan bidang ini lah yang ada akan pakari dan bukan hanya sekadar melepaskan batuk di tangga. Boleh juga hanya sekadar lulus dan cepat bergraduasi tetapi ini selalunya berlaku pada pelajar yang jelas tentang apa yang hendak dilakukan. Sepanjang perjalanan aku buat research, sebenarnya memahami kajian yang dilakukan adalah lebih sukar dari menyelesaikan tesis. Ada juga pelajar yang beliau dapat menyelesaikan kajiannya tapi hakikatnya beliau juga tidak pasti tentang kajiannya.
Aku pernah menyemak tesis pelajar Master. Sebelum VIVA aku membantunya dalam menyiapkan slide. Slide yang bagus hanya dalam 10 pages. Jadi, apabila ingin merangkumkan keseluruhan tesis beliau tidak pasti mengapa dan apakah hasil yang sebenarnya. Ini kerana ada sesetengah pelajar berjaya menyelesaikan kajian tetapi perlukan bantuan seseorang seperti penyelia yang baik dan membantu, serta rakan seperjuangan.
Satu perkara yang baik mengenai Master dan PhD ni adalah mereka mampu melakukan analisis data dengan baik walaupun bukan bidang mereka. Kajian yang dilakukan di peringkat Master dan PhD membantu meningkatkan daya analisis mereka walaupun bukan berkenaan bidang mereka. Ini kerana mereka mempunyai kebolehan memproses data analisis. Data analisis tidak semestinya dalam bentuk kuantitatif, ia juga berbentuk kualitatif. Namun, tidak ramai yang menguasai kedua-dua bentuk.
Walaubagaimanapun, kedua-duanya mempunyai kelebihan masing-masing. Selalunya, data kuantitatif dinilai lebih tinggi. Ini kerana jurnal berprestij yang ada WoS dan Q1-Q4 mempunyai nilai lebih tinggi. Namun begitu, data kualitatif juga mampu mencapai tahap sebegitu jika menggabungkan dua atau beberapa bidang seperti pengajian Islam dan Sains.
Andainya, kajian anda bagus anda boleh menghantar kajian anda untuk dibukukan. Nanti bolehla dapat royalti di samping dapat memberi sumbangan penerbitan kepada universiti. hehe. Okeh, itu sahaja. Semoga berjaya bagi sesiapa yang masih memilih jalan hidup. huhu
Comments
Post a Comment