Rosmah: Darling, can I advise you something?!

Hari ni dah keluar dalam PC pasal Rosmah. Ramai yang tweet cakap bahawa sebenarnya since 2008-2018 Rosmah lah PM (Prime Minister) kita. I’m not judging anything tapi kita cakap pasal moral of the story sahaja sebab ni baru tuduhan belum lagi disabitkan.
 
Tapi betul lah tu, di sebalik kejayaan seorang lelaki ada wanita di belakangnya. Kalau gagal pun mungkin sama. Bak kata pepatah “Tangan yang menghayun buaian mampu menggongcangkan dunia”. Sebenarnya ada satu ayat tu pasal wanita juga pemusnah. Tapi tak ingat. Tapi betul lah pesan Nabi SAW yang wanita fitnah terbesar bagi lelaki. 

Daripada Usamah bin Zaid RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
مَا تَرَكْتُ بَعْدِي فِتْنَةً أَضَرَّ عَلَى الرِّجَالِ مِنَ النِّسَاءِ
Maksudnya: “Tidak aku tinggalkan selepas daripadaku yang lebih berbahaya ke atas kaum lelaki daripada wanita.” [Riwayat al-Bukhari (5096) dan Muslim (2740)]

Menurut Syeikh Abdullah al-Talidi, hadith ini bermaksud selepas daripada kewafatan Nabi SAW, fitnah yang paling bahaya ditinggalkan oleh Rasulullah SAW adalah fitnah wanita iaitu Allah SWT menjadikan wanita apabila dilihat akan menimbulkan syahwat dan kaum lelaki mudah tergoda dengan mereka. Untuk itu, fitnah wanita adalah fitnah yang paling besar kerana pada dirinya semua fitnah seperti suaranya, rupa parasnya, pergerakannya dan sebagainya. 

Aku pernah cakap kan pasal macam mana lelaki boleh attract dengan perempuan kadang beyond imagination. Aku tak faham sangat tapi fitrah la kut. Kadang korang boleh lihat lelaki jadi bodoh sebab perempuan (I knew and I see this). Kalau nak sebut hormone testoren ke astrogen ke tapi memang betul segala bentuk daripada perempuan lelaki akan kalah (sometimes lah). Sebab tu ada istilah takut bini, sayang bini, Queen Control, tukang sondol lah. Satu lagi, semua yang perempuan cakap semua betul. Betul tidak?

Aku tak kata ye wanita tak boleh memberi nasihat pada suami. Dalam Islam tidak ada kata seorang isteri tidak boleh memberi nasihat kepada suami. Mereka kena muasyarah tapi berbeza ya. Tak boleh semua sama. Macam dalam bab solat sealim mana seorang perempuan tu dalam bab agama tetapi kalau nak solat tetap lelaki imamnya. Jangan jadi macam Amina Wadud pula dia pula imam. Terlampau pandai tu yang dia rasa dia lebih layak. Setiap benda dah ada rule.

Sebab tak silap aku, kalau bidang pekerjaan anda berkait rapat dengan perkara sulit maka, hal itu tidak boleh disebarkan atau dikongsi dengan orang lain. Macam polis, lawyer, doktor, askar  ke tak boleh share maklumat tentang client dia pada orang lain. Walaupun kepada ahli keluarga. Kalau dalam Islam pun, kita tak boleh buka aib suami sendiri kepada orang lain melainkan pada orang yang bertanggungjawab contohnya pada peguam atau hakim yang akan mengadili orang yang dizalimi.

Kalau dalam bab kerja ia dah termasuk dalam amanah la kan? Takutnya jadi pemimpin. Pemimpin adalah antara golongan yang paling awal dipanggil dan disoal. Hisab tu jangan nak kata senanglah. Bila jadi pemimpin amanah tu paling ditakuti. Kan ada seorang sahabat Nabi ni cakap dia lebih rela galas gunung berbanding amanah. Begitulah beratnya amanah. 

Tetapi dari segi pemilihan pemimpin, kita hendaklah memilih pemimpin yang amanah, adil dan Islam. Kenapa kalau boleh kena Islam? Sebab walaupun seorang pemimpin tu seorang Islam belum tentu dia akan menjalankan amanah dengan baik dan mengikut seperti yang Allah syariatkan. Apatah lagi kalau bukan Islam. Ianya lebih kepada moral dan keuntungan. Halal haram dalam Islam mungkin tidak releven sebab yang sudah Islam pun sukar nak memahami kepentingan halal haram dalam kehidupan seharian apatah lagi yang bukan Islam. Akan ada persoalan penting sangat ke mengikut perintah Tuhan? Sedangkan, Tuhan yang disembah mereka adalah berbeza. Konsep Tuhan pada mereka juga berbeza.

Eh, terpanjang pula. Sekian terima kasih. Harap tiada yang tersinggung. Kita hanya mengambil pengajaran. Am not the judges to judge other people but to say we took the role of God because we tried to advise others from doing mungkar things is our responsible as human. Allah already set us as khalifah in this world so we’re not going to close our eyes when we see others doing maksiat. Maksiat adalah segala perkara yang melanggar perintah Allah.
 
Sekian, wassalam.

Comments

Posting terbaru saya