Assalamualaikum wbt,
Lepas tu, kami minta pergi kilang Melayu. Sebab memang nak cari ikan bilis. Aku suka ikan bilis tamban tapi tak suka yang besar-besar tu. Aku lebih suka yang kecik-kecik tu.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Kali ni nak buat posting pasal Pulau Pangkor. Sebenarnya aku dah pergi dah agak lama. Dalam hujung bulan 3. Semata-mata nak bahagiakan kedua ibu bapaku. Ini juga adalah kerana hasrat kakak aku nak berhajat nak bawa mak abah berjalan-jalan tetapi mempunyai kekangan dan komitmen yang banyak. Dapat sponsor tapi selebihnya aku dan adik pandai-pandai. Tu pon dah cukup bagus gila. Alhamdulillah. Aku belajar sambil bekerja jadi tak banyak komitmen agaknya. Haha. Nampak sangat kehidupan aku macam tak penting kan? Sebenarnya, agak sukar tetapi tetap ku redahi sebab aku fikir juga kita tak perlu tunggu nak ada duit. Sebab macam masa degree aku dulu, aku fikir tak perlu lah nak tunggu aku kerja, baru aku bagi macam-macam pada kedua ibu bapaku. Tengok je sekarang memang aku tak kerja yang betul-betul lagi pon. Hanya sekadar untuk survive dan bayar yuran pengajian. So, aku bersyukur yang aku tak tunggu dulu atau tangguh.
Pulau Pangkor ni berada di bawah daerah Manjung, Perak. Jadi, aku bertolak dari Jengka, Pahang. Naik KL, masuk selangor. Then, masuk highway Utara-Selatan. Ayah aku lebih preferred lalu jalan kampungnya. Jadinya, kami keluar highway masuk jalan lama. Lalu kampung abah Sungai Besar, Sabak Bernam, Teluk Intan sampailah ke Manjung. Happy dia... Dulu abah ginih...ginih... Ok dah. Kami stay di Bayview Beach Resort and I not recommended it. hehe. But it is ok.
View di kedai makan Teluk Nipah, Pulau Pangkor.
Kami makan di kedai sekitar Bayview Beach Resort. Ada banyak kedai makan tapi lastly kami pilih kedai ni. Tak pasti nombor berapa tapi ada banner kecil pasal Senang Hati snorkerling. Kami ambil pakej snorkerling pon di situ je. Main redah je. Cukup syarat jela pergi jalan kt pulau-pulau berdekatan and snorkerling.
Sementara menunggu makanan
View sebelum sunset mungkin. Macam lain macam color dia (purple pink). Nice!
Pulau Giam, Pangkor.
Selpie snorkerling sikit. Tak reti lah. Terguling-guling. Mak siap gelakkan aku lagi. Di sini kalau tak boleh mancing sesuka hati. Not surelah kalau kategori Taman Laut macam Pulau Perhentian. Banyak kali dah try pun masih tak boleh. Aku masih tak boleh nak control ketakutan aku kt air. Takut lemas.
Zoom adik.hehe
Sweetnya mak abah.😉😊
Kami pergi selama 3 Hari 2 Malam. Pulau Pangkor ni boleh je kalau nak day vacay tapi disebabkan kami dari jauh dan niat nak bersantai-santai. Makanya, kami berehat lama la sikit. Kalau kita yang muda-muda rushing-rushing tak pelah. Plus, jimat banyak kalau day vacay ni.
Last
day di Pulau Pangkor, kami naik van pink untuk keliling Pulau Pangkor. Satu van
tu RM80. Dia bawak lah dekat kawasan yang jadi tempat tumpuan di Pulau Pangkor
macam kilang ikan bilis, batu bersurat Pulau Pangkor, Kota Belanda, Masjid
Terapung.
Batu Bersurat Pulau Pangkor.
Sumber ihsan: (google.com)
Rasanya, aku ada ambil gambar tapi tahu mana sebab bagi aku tak menarik sangat. Lepas tu pergi Kota belanda. Tak ada la pula gambar. Time tu panas jadi malas nak bergambar sangat. haha. Then, pergi kilang ikan bilis. Tempat cina macam risau sikit sebab aku pergi kat luar ada nampak kt seberang tempat jemur ikan bilis lepas tu ada anjing berkeliaran kat situ. So, was-was. hehe. Tapi, ada beli makanan untuk mengunyah macam keropok.
Lepas tu, kami minta pergi kilang Melayu. Sebab memang nak cari ikan bilis. Aku suka ikan bilis tamban tapi tak suka yang besar-besar tu. Aku lebih suka yang kecik-kecik tu.
Pusat Pemprosesan Hasil Perikanan Pulau Pangkor
Yo, kat sini lah tapi macam tak banyak. Rasanya, kalau pemborong yang beli baru murah kut sebab akhirnya kami beli ikan bilis dekat Jeti Lumut. Banyak pilihan dan murah pula tu. Dan yang penting lebih dipercayai lah. Ikan tamban yang aku suka pon ada. Susah nak dapat kat sini kalau ikan bilis tamban yang kecik tu. Yang besar aku tak suka sangat sebab liat. Yang kecil barulah rangup. huhu. Pastu, ikan bilis mata biru sedap juga. Ada yang paling kecil sampai besar.
Last sekali, barulah pergi Masjid Terapung barulah abah tersenyum lebar. Haha. Sebelum tu, bawa ke tokong cini je aku pun tak sure tokong atau apa tapi pergi tengok tempat orang. Haha. Kita melawat je. Dah termasuk dalam pakej.
Tokong
Kejap je, lepas tu pergi Muzium Pangkor. Kecik je.
Yang belah kanan sekali tu, naskah al-Quran tulisan tangan dari Acheh, Indonesia yang diperoleh semasa misi menyelamat khazah Islam selepas peristiwa Tsunami di Acheh, Indonesia 2015. Tulisan tangan ye.
Masjid Al-Badr, Pulau Pangkor.
Sangat cantik. Masjid ni masjid baru. Dibina pada tahun 2014. Masjid ni dibina dengan ukiran seni kaligrafi 1000 selawat memenuhi ruang masjid. Meh aku nak spam picture kat masjid ni bebanyak. haha.
Lucu lah tengok mak abah. Tak apa, as long as happy sudah lah. haha. Comel je.
Okeh, sekian untuk kali ini. Tunggu tahun depan agaknya baru masuk menulis balik. Eh, aku dah habis Master aku. Lagi lah tak rajin nak menulis. haha. Aku tak tahu lah dengan cara penulisan aku yang tak tersusun ni, macam mana lah boleh dapat tesis cemerlang ye? Haha. Pengalaman Viva aku? Macam presentation biasa pastu mendengar komen dari examiner luar and dalam. Pastu dah. Haha. Nak ke tips Viva Voce dari aku insan propa ni? haha saja je. Aku tahu tak ada sapa nak dengar.
Okeh, selamat. Wassalam
Okeh, selamat. Wassalam
Comments
Post a Comment