ISU IKTIRAF ATAU "CLAIM"

Assalamualaikum wbt. dan Selawat ke atas Nabi SAW


Sebenarnya isu claim ni dah lama tapi aku baru je cam nak ambil tahu, apesal over sangat? Selama ni aku ingat sebab bola je. Sebab bila time bola ni semangat nasionalisme ni kuat sangat katakan sama ada Indonesia mahupun Malaysia.  Lately, jadi menyampah pula tapi bila fikir balik tak yah la nak gaduh-gaduh sangat. Tak de faedah sangat pon. Anggap jela mereka tak faham. Mungkin disebabkan nation-state (negara bangsa) mereka, semangat nasionalisme mereka tinggi. Lagi2, bila Malaysia mula mengiktiraf makanan, budaya, permainan sesebuah suku atau kaum dengan tujuan untuk melestarikan budaya, makanan, permainan yang ada di Malaysia tetapi Indonesia menuntut (claim) itu punya Indonesia. Malaysia ni siap iktiraf kita perayaan agama lain dan bangsa lain sebagai tanda kemajmukan negara kita. Siap ada cuti lagi Hari  perayaan agama lain lagi. Eby & Omar, Rusdi & Afifi Abdur Razak, Muhammad (2013) kata, kita kenala faham maksud iktiraf dan claim ni. Bila kita daftar pengiktirafan di UNESCO tu bukan bermaksud kita tuntut yang budaya, makanan, dan permainan tersebut milik kita atau sebuah negara tapi untuk mengiktiraf ianya sebagai warisan sesebuah kaum atau suku tertentu. Pastu, depa kata adela peranan pemimpin dalam menjelaskan perkara ni. Akhir sekali, masing-masing kena fahamla Malaysia, Indonesia, Brunei, Thailand, Filifina semua satu rumpun. So, kita akan berkongsi budaya dan bahasa. Bahasa standard yang digunakan ialah Melayu tapi dialeknya terdiri daripada Kedah ke Perak ke, Jawa ke, Banjar ke, Minang ke Dayak ke Kadazan ke… Banyaklah.

           Perlu diingatkan bahawa sesebuah negara terbentuk setelah kemerdekaan. Sebelumnya, kita semua dikenali sebagai nusantara asia (southern asia) iaitu rumpun Melayu. Ingat tak wawasan 2020 Malaysia juga ada pasal negara bangsa ni. Adalah juga kajian pasal negara bangsa ni. Ada pros and cons. Yup, Malaysia berada dalam usaha reformasi kepada negara bangsa iaitu dengan slogan “we Malaysia, Malaysian” macam Indon la kan bangsa Indonesia. Kat Malaysia yang ada "orang Malaysia" tapi bangsa Malaysia masih belum tapi dalam proses menuju kot. Salah satu yang merisaukan tentang pasal negara bangsa ialah di sebalik slogan akan menyebabkan identity suatu kaum dilupakan. Aku pernah baca pasal ideology mana ntah yang kita tak perlu jajah cukup sekadar buat mereka lupa identity mereka. Cam yang Barat dah buat kat kita. Yang adat kebiasaan tu tradisional dan yang Barat tu moden dah ditanam dulu-dulu kata si Eby & Omar, Rusdi & Afifi Abdur Razak, Muhammad (2013). Idea liberal dan reformasi ni semua daripada Barat. Kita dah kena brainwash. Aku siap pernah baca komen certain Indonesian yang buat analogi cmni Malaysia=Israel=Pencuri tapi bila aku fikir balik janganlah kita jadi seperti orang jahiliyyah. Mereka tak nak terima Nabi SAW hanya kerana bukan daripada suku mereka. So, agama suku terkuat tetap menjadi pilihan. Sepatutnya kita ambil mana yang betul dan bukan dari segi emotional. Contoh lain, kalau movie Barat yang baik bagus semua mereka kan? Termasuk dalam sejarah. Sebelum ni aku rasa Indonesia ni bagus je eh, sekarang pon. Tu semua dakyah je nak pecahkan kita. Apa yang bagus ye Indonesia ni?

Pertama, banyak alim ulama dan penting sekali banyak orang Islam tapi banyak juga Islam liberal. Banyak Islam liberal tu tak heranlah sebab populasi mereka 10x berbanding Malaysia. Islam liberal tu maksudnya suatu bentuk pemikiran baru dalam Islam iaitu liberal. For me, bahayela. Sebelum ni, bentuk-bentuk pemikiran ni disekat masuk dalam Malaysia cam JIL tu tapi dunia tanpa sempadan, media massa ada but still controlled. Lepas ni tak tahu lah sb suasana politik sekarang kebebasan bersuara. Idea-idea ni yang disebut hak kemanusiaan sebagai suatu reformasi yang kebanyakannya dari idea Barat. Sepatutnya, kena faham la bebas macam mana. Bukannya bebas tanpa batasan dan pencegahan.
 
Pastu, mereka banyak buat karya terjemahan daripada kitab-kitab ulama dahulu. Indonesia ni banyak  publication cuma kena hati-hati dalam pilihan bacaan soal agama. Kajian aku berkaitan liberal. So, banyakla bahan bacaan dari luar contohnya Indonesia. Tapi masalahnya, aku dulu hampir nak ambil ayat al-Quran daripada surah al-Hujurat yang mereka jadikan dalil bagi pluralisme. Pada awalnya aku hanya baca sepintas lalu aku rasa macam nak tulis so, aku recheck. Alangkah terkejutnya aku macam mana dia boleh jadikan ayat ni dalil pluralisme. So, bahaya sebab ia bawak suatu pemikiran. Karya penulisan kat Malaysia ni kena lalu KDN dulu. Yes, yang ni memang aku setuju lah supaya kita ni masyarakat Islam khususnya tak terpengaruh dengan idea pemikiran yang salah dari segi pegangan Islam. Tapi, buat budak yang sedang buat penyelidikan cam aku ni bila buku tu “haram” payahla nak cari sumbernya.

 Selain itu, tak boleh nak lawan banyak jugalah platform yang berinformasi daripada mereka. Mereka banyak develop aplikasi web, android, dan video sharing yang berguna dan menarik bagi aku. Malahan, bukan untuk keuntungan pon tapi untuk kebaikan Islam dan pengetahuan. video dakwah dari luar negara dan video sharing pasal keistimewaan negara mereka supaya kita lebih kenal dan memahami. Jujur aku katakan orang Malaysia ni macam pemalu sangat je nak buat benda macam tu. Tapi yelakan hati-hati supaya tak riak, bongkak dan takabbur. haha konon. Kecam dan membawang, rajin. hehe. Tapi sebenarnya ada je cuma sikit dan mungkin banyak yang aku tak berapa minat kot. 
 

Comments

Posting terbaru saya