Pulau Lang Tengah Family Holiday Cantiqa Golden

Bismillah...

Sari Pacifica Resort, Pulau Lang Tengah

Buat pengetahuan semua, Pulau Lang Tengah ni berada di negeri Terengganu. Yup, pulau-pulau di sekitar Terengganu memang terkenal dengan kecantikannya. Perjalanan ke pulau ini mengambil masa sekitar 45 minit daripada jeti Merang. Pulau ini hanya mempunyai 4 buah resort sahaja berbanding Pulau Redang yang menjadi tempat tumpuan perlancongan. Jadi, pulau ni sesuailah bagi sesiapa yang nak bercuti di pulau ala-ala private. 

Cantik Tak Pulau Lang Tengah ni?

 Pemandangan bahagian hadapan Sari Pacifica Resort

Ya, pulau ini bersih dan air lautnya biru,  Air laut memanglah biru kan tapi pada pandangan aku air laut di pulau-pulau sekitar Terengganu adalah lebih cantik, biru, dan jernih. Ini adalah kerana laut di sebelah timur lebih bersifat menghakis berbanding di sebelah barat yang bersifat menambak jadi airnya sedikit keruh. Ini kata abang aku lah. Tak rajin pula aku kaji sebab bagi aku logikla juga. Bagi sesiapa nak tengok coral memang di Terengganu lah. Lagi-lagi di Pulau Perhentian Besar memang betul-betul cantik bagi aku. 

Ok, berbalik pada Pulau Lang. Salah satu resort yang ada di sekitar ini ialah Resort Sari Pacifica. Kat sini lah resort yang kami menginap. Alhamdulillah selesa  dan nyaman yang penting jauh dari kebisingan bandar. Aku pergi pon atas jasa baik bos aku jugalah kerana belanja satu team bercuti. Terima kasih bos Cantiqa Golden ^__^. Alhamdulillah, tapi aku dah berhenti pon atas alasan aku nak fokus research aku. Ya, tak sempat pon siap.

View tempat berjemur. Biasanya mat saleh je lah nak berjemuk. Korang nak tak? Korang mesti takut hitam kan? haha

Boleh lepak-lepak kat sini tapi tengok atapnya sudah lompong. haha.

View malam Sari Pacifica Resort, Pulau Lang Tengah 

Yang ini pula view malam. Oleh sebab camera aku low resolution phone murah. Alhamdulillah nampak rupa orang dalam gambar ni. Ops, ni bukan aku tau. Ni kawan aku, baik orangnya. Aku pergi sebelum sempat membalas budi. hehe. That one is Adib. Adik dia time ni dalam perut lagi.haha.
Jeti D'coconut Resort

Tak silap aku, ni depan resort D'coconut. Resort hujung sekali ke kiri dari Pacifica Resort. Bila malam, dari atas jeti ni boleh nampak dasar laut. Katanya, kawasan ni ada jerung. So, jangan gatal terjun tau. Aku tak pasti apa dia tapi ada satu benda bulat besar kat bawah sana. Owh, resort ni macam lebih meriah tapi tulah risau makanan tak halal kan. Aku tak check la pula harga makan kat sana. 


Aku memang suka breakfast camni. Tapi memang bukan sekeping dua lah ceritanya. Sebab kalau masakan dia aku tak berapa minatla pula. Makaronilah, mee, nasi goreng tapi lain sikit masakan orang laut ni. Haha. Padahal aku yang mengada. Aku memang hantu sayur and buah. So, aku preferred yang camtulah. Tapi if tengah hari wajib yang seberat-beratnya because I need to recharge my energy. Ce wahhh! teringat pasal bateri.haha.
Anda boleh gambarkan beliau adalah seperti mangsa kelaparan. haha (joke)

Kitorang ada aktiviti tapi aku tak dapat lah nak ambil gambar semasa aktiviti berlangsung sebab aku pon terlibat. Kena berlari berkejaran so, gambar tu korang gambarkan sendiri. hehe
View petang Pulau LangTengah
Gambar ni kononnya feeling and happy. Yeahh, aku dengan anak orang. View time matahari pon nak terbenam menandakan waktu maktu azan maghrib akan berkumandang (mood seruan azan). Kalau ambil gambar memang matahari jelah tumpuannya. Dah terang-terang matahari tu terang. Kau nak lawan kenapa? Teringat pula pada kisah Nabi Ibrahim tak silap aku yang mencari Tuhan. Dia mencari apakah yang paling besar dalam dunia ni? Matahari tu besar, makin dekat makin terasa panasnya tapi pabila waktu petang ia terbenam (menghilang). Jadi, matahari bukanlah yang paling besar.

Yeah, time ni dah nak balik! 





Okeh, sampai di sini sahaja. Nanti aku buat entri pasal Pulau Pangkor and Pulau Perhentian Besar. Tapi tu pon harapkan kerajinan aku. Kawan aku ada cakap kalau aku dapat suami yang betul-betul rajin, habislah aku.

Comments

Posting terbaru saya