Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Syukur atas segala nikmat yang diberikan. Banyak nikmat Tuhan yang kita selalu lupa. Ada kesihatan yang baik, ada kaki nak berjalan, ada tangan nak menulis, ada mulut untuk makan. Yang simple je lah ye...
Tapi satu sifat denial kita, kita akan fikir "tak lah, kesihatan aku tak de lah baik sangat selalu je kena jumpa doktor". Tapi sedar tak sedar kita ada pekerjaan yang baik jadi kita mampu jumpa dengan doktor kan? Rahmat namanya.
Lagi satu, memanglah ada kaki boleh jalan tapi tak dapat pon pergi travel jalan macam orang lain. Beb, sedar tak sedar kadang kita dah melalui zaman tu dengan family kita. Mereka baru sahaja nak mulakan perjalanan. Cepat atau lambat. Masing-masing punya matlamat. Kalau bagi contoh orang yang tidak ada kaki nanti katanya bagi contoh jauh sangat pula.
Memangla ada mulut boleh makan tapi tak dapat makan best-best. Kadang kala, yang kita nampak orang tu selalu makan sedap tapi mungkin sebenarnya kita lebih bertuah. Gaji mungkin lagi banyak dari kau. Mampu makan itu ini tapi hakikatnya makan apa yang ada. Kita yang selalu fikir nak makan apa. Last-last makanan kita yang selalunya lebih special sebab kita mampu buat sendiri. Nikmat dan moment. Moment tu selalu lebih indah kerana ianya sukar didapati atau sukar untuk dinikmati selalu. Nikmat selalunya tidak kita sedari.
Jangan kita kira nikmat tu seperti apa yang kita takrifkan,
Jangan pula kita bandingkan atau persoalkan apa yang kita ada dengan orang lain,
Sebenarnya kita yang tidak menikmati nikmat kita,
Kerana itulah kita tidak merasai kehadirannya.
Kenapa kalau betul Allah sayang, Allah uji kita? Kenapa? Jawapan biasa sebab Allah nak kita kembali kepada Dia. إنا لله وإنا إليه راجعون. Ini bukan jawapan untuk kematian sahaja ye. Musibah boleh, ujian boleh. Orang kuat iman dia tak cakap musibah melainkan ujian kerana Allah sayang.
Ada jawapan lain tak? Nanti lah ye... Ni post nikmat Tuhan yang tak disedari.
Wassalam.

Comments
Post a Comment