Raja Salman datang ke Malaysia

Assalamualaikum wbt semoga anda telah bersedekah pada pagi ini 😙

Oleh kerana pagi semalam hujan renyai-renyai jadi perancangan aku tergendala tapi its ok. Ada benda lagi menarik nak berlaku. Aku menunggang skuter kesayangan aku melalui lebuhraya KL-SEREMBAN tetapi yang anehnya banyak betul polis trafik. Pada setiap 1km atau 2km ada polis tak silap akulah dan tentera pon ada dengan land rover diorang. Aku tidaklah takut sebab aku tak ada buat salah cumanya agak leceh jika terserempak dan ditahan al-maklum biasa motosikal akan ditahan tetapi tidak ya. 

Perjalanan aku setakat sampai serdang dah hujan semula (ingat dah berhenti). Aku bertahan mana tahu hujan ni sekejap je dan takkan aku nak berhenti bawah jambatan dengan lelaki-lelaki lain kan? 😉 hehe. It's a NO for me la. Then, makin lebat sikit pulak jadi aku berhenti di Shell. Ops, careful time ni skuter ak nak tergelincir cause licin kan tambah plak aku brek. Alhamdulillah terkawal. 

Dalam pukul 10.39 pagi hujan dah berhenti. Eh, panas pulak tapi ok je. Then, aku masuk simpang ke bangsar. Aku berpusing sebenarnya nak balik Bangi semula 😅 haha. Masuk semula lebuhraya KL-SEREMBAN ke Bangi. Kat situ aku nampakla jammed dah start but why? Ada accident kah? Aku naik skuter kan so no wonderla boleh cilok. Dari situ aku perasan ada kereta yang berhenti tepi jalan. Horh, depa nila yang buat jammed! Dan ada juga sebab sekatan mungkin. Aku tengok jalan KL-SEREMBAN ditutup dan ada polis trafik jaga dan bla-bla-bla. Aku pun berhentilah weh tepi jalan. nak tengok ada apa ni. Ada juga yang get ready ambil gambar. Then, adalah kereta duta-duta besar mungkin, polis and so on. Aku ingat oleh sebab masalah politik Kim Jong Nam. Okeh, selesai.

Rupanya, Raja Salman datang. Baginda datang ke Malaysia atas urusan diplomatik dan juga jemputan Sultan Muhammad V.  Untuk pengetahuan umum juga, bahawa Raja Salman akan menerima anugerah Ijazah Kehormat Doktor Persuratan dalam istiadat konvokesyen khas di UM, KL pada hari ini iaitu 27 Feb 2017 jam 8.00 malam.

 
Istiadat Konvokesyen Khas 


Maaf, aku tak crop. Yang penting ada muka Raja Salman dan tarikh kan???

Last but not least, ibu-ibu memasak untuk anak-anak dikira pahala sedekah. Aku tak mampu bersedekah dengan duit tapi dengan senyuman bolehla. hehe. Or you all bolehla masak untuk suami or kawan korang ye.

Sekian, aku mengantuk jadi aku menulis. Wassalam.

SN

Comments

Posting terbaru saya