Assalamualaikum wbt,
Semoga
anda semua berada di dalam lindungan rahmat Allah s.w.t. Pada kali ini, aku nak
share sedikit riwayat hadith. Maaf tak sempat nak takhrij hadith ini atau lihat
statusnya. Tetapi ianya daripada sumber yang boleh dipercayai. Ketika ini aku
amatlah mengantuk bukan kerana tidak cukup tidur atau makan tetapi kerana aku
terlalu kenyang mungkin. Jadi, aku fikir mungkin keadaan yang selesa dan
kenyang menyebabkan aku mengantuk. Huhu. Mungkin juga dari segi sains aku
mungkin kekurangan oksigen. Bila fikir balik, tak cukup lagikah oksigen yang
Allah kurniakan kepada aku ni?
Walaupun,
ada dorongan dari unsur lain seperti kawan, persekitaran dan ilmu yang kita ada.
Bagi aku segala masalah mungkin berpunca dari diri sendiri sebab setiap orang
mempunyai pilihan. CHOICES!!!
Kita
lihat riwayat hadith ini ya. Eh, kenapa riwayat je bukan bersabda and so on? Ok,
baik nak jelaskan sedikit kenapa sebut riwayat ini daripada, atau Rasulullah
s.a.w telah bersabda. Ikut ilmu para ahli hadith mereka menitik beratkan
perkara teersebut kerana perkataan seperti telah berkata, telah bersabda
Rasulullah menjelaskan bahawa hadith itu sahih atau hasan dan juga
sebaliknya. Aku sebut dengan riwayat
hadith ini sebab aku pun tak tahu status hadith ini walaupun boleh dipercayai.
Yang penting ambil langkah berhati-hati.
“Sesungguhnya
syaitan itu masuk ke dalam tubuh manusia melalui saluran darah”
(Riwayat Ahmad dan Tirmizi)
Maka,
persempitkanlah saluran darah anda dengan berlapar (makan sedikit atau berpuasa)
SEBAB APA?
Syaitan
telah berjanji kepada Allah s.w.t bahawasanya mereka akan menyesatkan keturunan
Adam as hingga hari kiamat.
Allah berfirman: “Keluarlah dari urge, karena Sesungguhnya
kamu terkutuk, dan Sesungguhnya kutukan itu tetap menimpamu sampai hari kiamat”. berkata Iblis: “Ya Tuhanku, (kalau begitu) Maka beri tangguhlah kepadaku sampai
hari (manusia) dibangkitkan[797], Allah berfirman: “(Kalau begitu) Maka Sesungguhnya kamu Termasuk orang-orang
yang diberi tangguh, sampai hari (suatu) waktu yang telah ditentukan[798], iblis berkata: “Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahwa aku sesat,
pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan ma’siat) di muka
bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya,
[797]
Maksudnya iblis memohon agar Dia tidak diazab dari sekarang melainkan diberikan
kebebasan hidup sampai hari berbangkit.
[798]
Yakni waktu tiupan pertama tanda permulaan hari kiamat.
(Surah
al-Hijr 15:34-39)
Salah
satu cara mereka untuk cuba menyesatkan kita dengan memasuki salur-salur darah
manusia. Awas! Jika anda merasa malas beribadat, malas solat, suka
buat maksiat, pemarah dan seumpama dengannya. Mungkin syaitan atau
yang sekutu dengannya telah bermaharajalela di dalam diri anda. Oleh itu,
digalakkan untuk anda berpuasa. Selain menjauhkan diri dari perkara lagha,
anda peroleh ganjaran pahala sunnah dan sunat. Sebagai contoh puasa pada hari
Isnin dan Khamis merupakan amalan sunnah Rasulullah s.a.w. Malahan, puasa ialah
amalan sunat iaitu jika dilakukan beroleh pahala tetapi jika tidak melakukannya
tidak beroleh apa-apa.
Nak
beroleh pahala 2 in 1, maka berpuasalah.
Selamat
beramal ^_^
Comments
Post a Comment