Assalamualaikum
wbt,
Kami (walaupun gambar aku sorang je) teruskan perjalanan ke G. Ulu Semangkuk selepas puas ambil gambar. Kalau diikutkan anggaran masa dari GAP peaks ke G. Ulu Semangkuk peaks dalam 2 jam. Tapi aku sampai dalam 1 jam setengah. Kawan aku dah meninggalkan aku yang slow ni dalam 15 minit ke hadapan memang dasyat ah. Dia laju mungkin sebab teradapt daripada trauma kena langgar khinzir tunggal (babi tunggal) serius aku kata memang besar dan laju. Haha.
Kalau naik dan jatuh kemudian mati kira bunuh diri tau sebab apa?
Sebab korang yang memudaratkan diri لا
ضرر ولا ضرار . Berdosalah sebab
sengaja memudaratkan diri.
Okeh, ni gambar curi-curi. Bz betul ambil gambar mereka nih. Best jugak dapat kawan baru lagi aku dan moment baru.
Aku kenalkan nilah mereka tapi agak spoiled lah sebab gambar tak cantik dan tak center. Alhamdulillah. Jangan lupa senyum ^__^, senyum itu sedekah. Pelaburan akhirat anda. Haha.
Alhamdulillah dah lama tak buka blog ni. Dah berhabuk pun.
Baru-baru ni aku ada lah join group hiking nih. Nama group tu Rejab Outdoor
Crew (ROC). Huhu. Best jugak dah lama tak hiking pun. Bukanla minat sangat
hiking tapi suka adventures dan bau hutan. Almaklum, rindukan zaman
kadet.
Ok, nak cerita starting point ke Gunung Ulu Semangkuk ni,
Tempat group ni berkumpul di
Rejab Restaurant, Puchong Utama. Nama group ni pun mereka ambil dari Restoran
ni lah. Kami bergerak ke KKB dari Rejab Restoran dalam pukul 1.00 a.m la.
Kemudian, sampai dalam 2.30 a.m di dataran Kuala Kubu Baru. Kami tidur dulu,
rehatkan badan. Aku pula memang tak lena tidur. Sekitar 4.00 a.m kami gerak
semula, naik Fraser Hill. Sampaila dalam 5.00 a.m. Jalan naik atas memang macam
ular lah sebab naik bukit kan tapi lena pula aku tidur time ni sebab sunyi kan.
Kalau dulu bom meletop pon aku still boleh tidur (zaman
kadet). Haha. Abaikan.
Fraser
Hill,Pahang.
Kami solat dan sarapan di
Fraser Hill sebab lepas ni tak ada tempat nak makan dan tempat solat yang
selesa kat bawah. Tapi yang penting sebenarnya solatlah di mana-mana. Sebelum nak turun berhenti kejap je dalam
seminit rasanya sebab katanya kami takkan naik Fraser Hill dah lepas ni. Oklah
dapatla seciput gambar.
Seterusnya, kami turun
semula ke Kuala Kubu Bharu. Sebelum start treak kami warm up sikit lagi pun aku
pun da lama tak aktif, so takut pancit je.huhu. Group kami ada 7 perempuan dan
5 lelaki. So, agaknya diorang mesti cuak kan sebab ramai perempuan tapi at last
semuanya the best ahh. Kami start treak dalam pukul 8.50 a.m. Aku dah slow down
5 minit selepas tuh tapi tak boleh stop lama-lama. Alhamdulillah, dalam masa 46 minit kami sampai
di puncak GAP walaupun jalan treak agak curam dan tinggi.
GAP Peak
Kami (walaupun gambar aku sorang je) teruskan perjalanan ke G. Ulu Semangkuk selepas puas ambil gambar. Kalau diikutkan anggaran masa dari GAP peaks ke G. Ulu Semangkuk peaks dalam 2 jam. Tapi aku sampai dalam 1 jam setengah. Kawan aku dah meninggalkan aku yang slow ni dalam 15 minit ke hadapan memang dasyat ah. Dia laju mungkin sebab teradapt daripada trauma kena langgar khinzir tunggal (babi tunggal) serius aku kata memang besar dan laju. Haha.
Puncak Gunung Ulu Semangkuk
Sekitar 12 tengah hari aku sampai
dekat puncak Ulu Semangkuk. Treaknya tak yah nak cakap V ke W ke U ke semua
ada. Tapi memang puas hati sebab ada view yang cantik. Dengar cerita sebelum ni
taka da pun view tapi ada orang yang tebang pokok supaya kita-kita yang sampai
puncak ni dapat tengok view. Aku taka ada camera cantik. Semuanya adalah gambar
ehsan dan tumpang kawan-kawan. Haha.
Puncak Gunung Ulu Semangkuk
Memang penat tapi berbaloi lah. Cantik pon cantik.
Bendera Malaysia kat situ pun dah reput. Harapnya akan ada yang baik hati nak
sumbangkan bendera baru. Baru ada semangat patriotik. Dan jangan lupa nyanyi
lagu Negaraku bila pegang bendera Malaysia tuh. Haha.
Ok, jangan tiru aksi ini ya. Aku pada mulanya tak nak panjat pon
batang kayu ni tapi tergoda jugak akhirnya.
Yeah…ni la kawan aku tu. Sungguh aku katakan
memang orang yang berjaya tu mereka letak 100% effort dalam sesuatu perkara
walaupun perkara remeh. Kalau orang yang tak berjaya cam aku ni memang tidaklah
nak put 100% effort kan. Sekarang aku dah faham. Jangan korang pandai-pandai
assume senang-senang je mereka berjaya tau.
Okeh, ni gambar curi-curi. Bz betul ambil gambar mereka nih. Best jugak dapat kawan baru lagi aku dan moment baru.
Aku kenalkan nilah mereka tapi agak spoiled lah sebab gambar tak cantik dan tak center. Alhamdulillah. Jangan lupa senyum ^__^, senyum itu sedekah. Pelaburan akhirat anda. Haha.
Sekian.
Syarifah
Nayan
Comments
Post a Comment