CARA MENDIDIK ANAK-ANAK DI BAWAH UMUR 5 TAHUN




Assalamualaikum dan salam sejahtera ^_^,

Semoga anda semua di bawah lindungan dan rahmat Allah s.w.t. Aura yang positif dapat menarik orang-orang hebat. Tetapi bagaimana pula untuk menarik anak-anak rajin belajar. Di sini, aku titipkan beberapa kajian dan tips yang aku baca untuk mendidik anak-anak supaya bersemangat bahkan mempunyai aura yang positif, bijak, pandai dan so on. Mestilah yang paling penting perkembangan otak kan? Anda lihat, iklan-iklan susu di kaca tv memaparkan tentang perkembangan otak, sinaps dan nutrisi anak-anak. Jadi, perkara pertama yang harus diambil berat ialah perkembangan otak mereka. Melalui itu, mereka dapat bersosial, bertutur, beraktiviti dengan baik dan sihat.

Seterusnya, ada juga kajian yang menjelaskan bahawa perkembangan kanak-kanak di awal usia khususnya di bawah umur 4 tahun memainkan peranan yang penting dalam pembentukan seseorang individu. Pembangunan insaniah dan intelektual individu dipengaruhi oleh persediaan yang diterima di awal usia dini iaitu sebelum umur 5 tahun. Kajian juga menunjukkan bahawa kejayaan masa depan kanak-kanak bergantung kepada persediaan yang dilakukan di awal usia kanak-kanak tersebut. Oleh itu, program yang berkonsepkan ECEC atau playgroup dapat memotivasi anak-anak kita di awal usia supaya bersedia menghadapi alam persekolahan seterusnya alam remaja dan dewasa.

Jadi punca anak-anak kurang bersemangat atau malas untuk belajar atau ke sekolah mungkin disebabkan oleh kurang persediaan dari awal oleh ibu bapa atau mereka kurang mendapat motivasi. Walaupun begitu, ibu bapa tidak perlu terlalu terburu-buru dalam mendidik mereka  tetapi hendaklah memberikan didikan yang sesuai di peringkat usia mereka. InsyaAllah, beberapa tips yang boleh diamalkan oleh ibu bapa dalam mengatasi anak-anak yang kurang berminat untuk belajar atau malas untuk belajar.

TIPS  UNTUK ANAK MALAS BELAJAR

1.    Motivasi booster atau dorongan
Sama ada remaja atau kanak-kanak mereka memerlukan penggalak, pendorong atau pembakar semangat untuk belajar setiap masa. Mereka memerlukannya sebagaimana kita perlukan makanan. Oleh itu, galakan daripada ibu bapa supaya mereka mengeksplor, mempunyai tanggungjawab, kemahiran bersosial dan bertutur adalah baik untuk mempengaruhi pembangunan ilmu dan daya fikiran mereka. Sebagai contoh yang baik, program playgroup adalah salah satu cara untuk mendidik anak-anak supaya mempunyai kemahiran sosial dan bertutur kerana mereka digalakkan untuk berkumpul bersama kawan-kawan baru dan lebih terbuka selain masih dipantau oleh guru-guru terlatih.

2.    Kata-kata positif dan pujian
Kata-kata pujian dan positif amat membantu untuk confident boost anak-anak. Elakkan penggunakan kata-kata negatif selain merendahkan keyakinan ia juga mendorong kepada sikap protes. Kata-kata seperti bagus, pandai, bijak dan cantik  dapat memberi semangat dan dorongan yang positif dalam diri anak-anak.

3.    Mencipta suasana yang kondusif atau selesa
Pengalaman belajar yang positif dengan suasana yang selesa dan ceria mempengaruhi emosi, fizikal dan intelektual kanak-kanak. Kanak-kanak yang gembira dan ceria memberi impak yang baik kepada perkembangan otak anak. Ini adalah kerana perkembangan otak yang baik dapat membentuk dan membina lebih banyak sinaps.

4.    Menemani anak belajar
Menemani anak-anak belajar ketika sesi pembelajaran anak-anak di rumah dapat mengurangkan rasa bosan anak-anak dan membantu mereka dalam memahami sesuatu. Sebagaimana yang diterapkan oleh aktiviti playgroup atau program ECEC yang mana ibu bapa membantu dan mengambil posisi membantu anak-anak menyelesaikan masalah dan melakukan aktiviti.

5.    Berdoa
·         Bacalah “Ya Latif” sebanyak 7 kali dan hembuskan ke ubun-ubun si anak ketika tidur.
·         Peluklah anak-anak kita sebelum mereka ke sekolah sambil berselawat di dalam hati.
·         Memperbanyakkan doa kepada Allah s.w.t dan mengamalkan zikir.

Penting! Jangan pernah berputus asa dalam mendidik anak-anak kecil kerana mereka adalah amanah dari Allah s.w.t.

Comments

Posting terbaru saya