Friday, 22 March 2013

Rotu Warrior Night


               Akhirnya, annual camp kami pada kali ini da selesai dengan jayanya. Walaupun pahit getir kami lalui tapi semangat kami tetap bersama. Bak kata pepatah “berat sama dipikul ringan sama dijinjing”,semua tu memang betul. Di situlah kita dapat mengenal hati budi masing-masing. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangannya yang pentingnya adalah kita tetap bersama melalui saat susah dan senang . “Bersatu kita teguh bercerai kita roboh”  kata-kata yang  biasa didengari dan bosan juga untuk menghayatinya tapi mempunyai makna yang begitu besar. Kami rasakan beban dan latihan yang kami tanggung sangat berat dan memeritkan tetapi apabila semuanya ada bersama, tiada apa yang dapat menghalangi kami kecuali arahanla.Telah menjadi tabiat kami untuk katakan kami "BOLEH, TUAN" "BOLEH, STAP" "BOLEH, CIK". Ahh, nak kata semuanya bolehla kalau tak boleh pon belakang punya kira. Yang penting, jangan mengalah sebelum mencuba. Kasut boleh kilat, inikan pula bakat. 

              Seterusnya apabila pulang dari latihan medan kami perlu menyediakan  persiapan untuk ROTU WARRIOR NIGHT pada kali ini. Walaupun penat kami, tidur kami masih tergantung nasibnya tapi kami tetap teruskan demi menjayakannya. Tapi masalah kat sini adalah aku pon tak tau apa yang aku dah bantu dan sumbangkan. Nak katanya hampir tak de. haha.

BELAKANG TABIR


 

    Air tangan skuad2  inter yang comel2 belaka. ^__^ 



Cantiknya...Mereka2 yang menjayakan persiapan belakang tabir. ^__^



Hmm...touching giler! Kalau korang takde semangat aku hilang :'(

Haha...muka semuanya berkilat. Cian kitorang tapi  kitorang dapat meraikan kejayaan kami dan bergembira setelah habis semua ujian dan latihan medan kami. Biar kita rasa pahit dulu baru manis. The most important is our unforgetable memory have been captured. Biarla betapa comot, buruk and memalukan gambar-gambar tu tapi aku rasa tetap comel. Sweet sangat mereka2 ni... Tanpa diorang siapala aku ni.


ROTU WARRIOR NIGHT









Makan-makan sambil tengok persembahan.


Penat! tapi semangat nak makan tu tetap ada. Semua benda kena ada semangat kalau tak, hidup ni tak funla.


TIM-TIM PENGUJI

             

                                                                         ( ^________________^ )

Kata-kata terakhir... dari aku 

            Bagi aku benda tu susah ke senang ke kita yang corakkan. Andainya, kita rasakan benda tu susah, susah la jadinya. Tetapi andainya seseorang itu tak pernah merasakan kesusahan, pasti dia sukar merasakan kemanisan. Manis itu rasa setelah pahit. Pahit itu adalah liku-liku jalan yang sebelum mendapatkan kemanisan. Nikmat dan dugaan yang kita dapat itu adalah ujian Allah kepada hambanya. Andainya kita alpa dan lalai dengan nikmat yang kita rasai, kita mungkin akan terjerumus ke lembah kesengsaraan dan andainya kita mengalah dengan dugaan yang ditimpa terbuktilah yang kita ini lemah. Yang pastinya, Allah takkan menimpakan sesuatu kepada hambanya sesuatu yang tak dapat ditanggungnya. Tiada apa yang mustahil melainkan dengan izin Allah. Di saat susah senang kita, ingatlah yang Allah sentiasa bersama kita. Yang penting jangan rosakkan jiwa kita. Don't worry just be happy kata pak Tam skuad aku sek2 dan kata ustaz Mustafa or dengan panggilan Baba kata "Be or not to be". Meant, kita yang menentukan siapa diri kita. Nak jadi apa kita tentukan tp ada batasnya. Nak jadi ke tak kita tentukan, tp kalau ikut hati mati ikut rasa binasa! Jadi fikir-fikirkanlah... ^_^

Sekian.

No comments:

Post a Comment