Family day di Pulau Langkawi

                

Selepas selesai malam Rotu Warrior Night aku pulang dari Ukm ke KL kerana keesokan subuh kami( Aku n MyFamily la) akn bertolak ke Langkawi. Yeah! Tapi yang pastinya keadaanku sangat comot, selekeh dan hitam. Almaklum baru lepas annual kem. Disebabkan penat annual kem tidak habis lagi, jadi sepanjang perjalanan aku tidur sampaila di perhentian Tapah untuk solat subuh pula. Kemudian, selesai solat subuh dan sinar pagi pon menjelma. Sungguh indah pagi itu untuk menjamah sarapan pagi yang dibawa. Wahh, itulah kali pertama aku berjumpa dengan ibuku setelah selama 3mgu aku menghadapi annual kem peringkat intermidiate. Kemudian apakah reaksinya? Haha...semua yang melihatku terkedu. Perubahan yang sangat drastik setelah annual kem. Sepanjang percutian itu ak digelar budak hitam tapi yang penting percutian kali ini kami dapat bersama lagi walaupun tidak semua yang dapat bersama.

Hari pertama kami check in di homestay yang berada betul-betul di hadapan Idaman Suri. Kami check in pada waktu petang jadinya tiada lagi tempat yang kami dapat lawati. Pada waktu malam pula kami makan besar setelah penat seharian. Malam tu kitorang cari pulak kedai makan terbaik dan terpantas servisnya dan inilah yang kami jumpa. Makanannya dan servisnya adalah bagus. Setelah itu, kami pun pulang dan mendapatkan tidur yang secukupnya untuk aktiviti seterusnya yang mungkin akan penat.
 Yeah, get ready? Yes, sir!

       Coco Valley (Bersebelahan Langkawi Underwater World)


Ni kitorang kat sebelah underwater  world. Unfortunately, tak masuk pun cuma tunggu orang yang akn guide kitorang ke Island Hoping. Island Hoping adalah aktiviti di mana kita akan dibawa bersiar ke 4 buah pulau yang berada di sekitar  Pulau Langkawi. Yang best sekali aku tak ada baju untuk aktiviti kali ini, so the last option y paling ok ialah pakai baju Rotu itu pun kebetulan terbawa dari annual kem. 

Uji .hehe

Bergambar di Underwater World. "Bergambar je pun tapi tak masuk pun. huhu"


Yeah, bersedia untuk Island Hoping!
Tempat naik boat


Sebelum naik boat untuk Island hoping. Mereka akan bawa kita pusing di pulau-pulau berdekatan.

                               Atas boat tapi mood ambil gambar tu paling penting... ^_~ 

Berhenti sebentar bersama kit kat (yummy3x). Huhu. Inilah Pulau Dayang Bunting. Nampak tak, kepala, dada dan perut dia?  Wah, hebatnya ciptaan Allah. (subhanAllah)


Selamat Datang Ke Pulau Dayang Bunting!
  My brother and sisters. Aku yang hitam tu. Biasalah kesan daripada anual kem ROTU UKM/USIM. Tambah lah hitam aku jadinya sebab buat treatment kulit kt pulau. haha


Helang! Oh, Helang!!! Nila tempat di mana terdapat banyak helang. Kalau bawak makanan helang dapatla tengok helang tu dekat2. Jadi, korang bolehla sediakan roti. Rugi tau kalau tak bawak. kalau tak, tengok jela dari jauh pun. Cantik jugak! kn3?

Tempat yang sama la ni... Helang

Ni la pantai yang kita boleh mandi. Airnya jernih dan pelampung or baju keselamatan disediakan. Nak snorkling pun boleh. Alat snorkling tu kena sewa kat tempat kita naik boat mula2 sekali tu. Cantik kn?



Makam Mahsuri

Comments

Post a Comment

Posting terbaru saya