Aduhai Jiwa...


         Hidup ini penuh pancaroba. Kadangkala sedih kadangkala gembira. Selalu merasakan tiada apa lagi yang berguna lg baginya di dunia ini. Perasaan ini sukar hilang bagi yang tidak dapat menerimanya. Susahnya hidup ini! Takutnya aku! Arghh, lemahnya aku! itu dan banyak lagi. Ramai yang tidak dapat menerima keadaan ini dan ramai juga yang menerimanya dengan redha dan tabah. Malahan, ada yang dapat menerima dugaan dan ujiannya dengan matang sekali. Sehinggakan, dirinya semakin dekat dengan Tuhannya. Malangnya ada juga yang mengeluh. Aduh, malangnya hidupku! Aku insan yang lemah... dan bla bla lh. Perasaan ini tidak lari dari manusia. Adalah normal kita merasakan begitu tetapi bukanlah perlu kita mengekspretasikan perasaan keluhan, gudah gulana, benci dan sebagainya.
        
          Seharusnya kita bermuhasabah diri. Manusia tidak boleh lari dari kesalahan tetapi kita sebagai manusia seharusnya melawan segala perasaan ini dari menyelubungi kita dan juga menjauhi perkara yang dapat membawa kita ke jalan yang sesat. Perlunya kita selalu bermuhasabah diri. Ingatlah, bahawasaya di dunia ini bukan anda seorang sahaja yang melalui pelbagai dugaan dan cubaan. Diingatkan! Bahawasanya, Allah takkan memberi ujian yang tak dapat ditanggung oleh hambanya. Sesungguhnya, Allah itu maha Penyayang, Maha Pemurah, Maha sempurna...Tidak pernahkah kita sedarinya? Tidakkah kita telah mendapat nikmat dariNya. Nikmat yang tidak putus2 dalam keadaan yang kita tidak sedar. Sekecil-kecil nikmat itu juga adlah nikmat. Kita hendaklah bersyukur di atas nikmat yang telah kita dapat.
      
          Soal tentang jiwa yang kosong, jiwa kita ini hendaklah diberi makanannya iaitu makanan rohani dan juga jasmani. Jiwa kita ini hendaklah selalu disuburkan supaya kita tidak lemah dan supaya kita tidah jatuh ke lembah yang boleh memusnahkan diri kita. Jiwa yang kosong adalah jiwa yang yang lemah. Tidak seharusnya kita membiarkan perasaan kita membawa kita. Jiwa yang jiwanya kosong ini, jiwanya mudah diselubungi oleh syaitan yang berusaha menjatuhkan imannya. Kita mesti menjadi seorang yang tabah dan kuat menghadapi ujian dari Allah. Sesungguhnya ujian dapat mematangkan kita. Pengalaman dan kesilapan yang dapat menjadi pemandu aras kepada kita supaya tidak melalukan kesilapan yang sama.
      
        
       

Comments

Posting terbaru saya