Hmm apela yang k.jai tengah fikirkan tu. Agaknyer tengah fikirkan camne nak keluarkan idea pemanggang ajaib. Almaklum suka makanan yang dipanggang.
Pastu kuar da idea dia.Rasa nak t'keluar isi perut ha tambah lak Abg Nas n lain2.
Ada lak yang action kt situ. Aku yang penat ni xde la pulak. isk3! Almaklum, cameraman katekan. Apa nak buat.
Da ciap pon... Sesuai sgtla jd promoter diorg ni.
Inilah masanye aku nak memperkenalkan keluarga tercinta aku walaupon bergaduh tu tak dapat nak dielakkan tapi itulah lumrahnya…Tahan jela weh! Adik-beradik ramai faham-faham jela. Banyak orang banyak ragamnya tapi aku tetap sayang diorang. Kalau makan hati ke sakit hati ke hati berapi ke biasalah nanti baik semula la… Tapi masalah bila bergaduh kemudian tak sempat minta maaf pastu jarang jumpa pulak dah. Ada juga kerna keegoan masing-masing sebab itulah hubungan tu bole jadi renggang. So, sebab tulah penting kita berkumpul ramai-ramai dan bergurau senda supaya dapat merapatkan kembali silaturrahim ataupun kita bole buat family holiday. Tapi kalau dalam adik-beradik tu tak ada bergaduh tu aku tak pastilah. Memang ak salute ah!!! Memang mantap r… Eh, dah r dgn masalah ni nak tunjuk gambar keluarga aku ni. Aku bangga dengan keluarga aku walau ape pon.
Sweet x? Comel kan? Maafla kepada abgku muhd khairul Azuan dan keluarganya sebab tiada dalam gambar ni. Tahniah atas usahamu pada malam raya tetapi dapat juga kembali ke rumah walaupun setelah penat bekerja.
Tidak dilupakan inilah dia Abgku Erol dan keluarganya
Biarlah warna kami tak sama
Muka kami tak seiras ataupun serupa
Biarpun perangai dan tindak-tanduk kami berbeza
Tapi kami tetap sebuah keluarga
Walaupun taufan tornado pernah singgah di teratap kami
Alhamdulillah tidaklah ia ranap ataupon roboh menyembah bumi
Dapatla juga kami menyelamatkannya walaupun keadaannya tak seindah dulu
Walaupun tak dapat jadikannya seindah dulu
Yang pasti masih dapatku rasakan kami seperti air laut walaupun ditiup angin badai sekalipun
Tetapi yang pastinya kami tetap akan bersama
Biar sekali-sekala kita diduga
Janganla pula kita mengeluh bila diduga
Pasti ada hikmah disebaliknya
Yang penting kita tetap bersama
Harapanku kelak adalah kita tetap bersama di dunia dan akhirat
Jangan kita bersama di dunia sahaja
Tetapi kelak berpisah di akhirat
Semoga keluargaku akan bersama sentiasa di dunia dan di akhirat kelak.
Aminnn…
Comments
Post a Comment