Tiada ungkapan seindah bahasa
Tidak indah dunia tanpa Dia
Tiada warna seindah kita
Kita dicipta berbilang bangsa
Agar dapat mencorak dunia
Dunia telah sedia dicipta
Pelbagai makhluk dicipta bersama
Andainya kita semua sehati sejiwa
Pastinya semua indah belaka…
Semua mahukan yang indah sahaja
Yang cantik diagung-agungkan
Yang buruk disia-siakan
Apa kan jadi pada dunia?
Jikalau semua hanya mahukan yang sempurna…
Tiada yang sempurna melainkan Ilahi
Kita semua sama sahaja
Tiada yang kurang tiada yang lebih
Iman menjadi perbezaan
Tiada yang lebih tinggi darjatnya tanpa iman
Bukannya iman pada nama
Tapi iman pada Yang Esa
Itulah bezanya kita semua…
Biar rendah pada fizikal
Jangan rendah pada akal
Biar kita merendah diri
Asalkan dapat keredhaan Ilahi
Comments
Post a Comment