Thursday, 15 March 2012

CoRetaN KaLis Air



CoRetaN KaLis Air

Biar kita jadi seperti keladi
Jangan kita seperti api
Biarpun api itu lebih cepat mara
Tetapi mara keladi lebih bermakna

Kalis keladi dari air
Mati api kerana air
Di dunia ini tiada menang dan kalah
Yang ada hanyalah berjuang ataupun mengalah

Jadilah seperti kura-kura
Biarpun yang  lambat selalu kalah
Siapa kata gagal itu selamanya?
Gagal itu hanyalah buat yang mengalah.

Tidak perlu menangis kerna orang lain
Kerna di dunia ini tiada yang kekal
Tidak perlu kita menumpang kasih pada yang lain
Kerna cinta abadi lebih afdhal.

No comments:

Post a Comment