Sifu FbAds Chapter C

Assalamualaikum wbt... Harap semuanya berada dalam lindungan rahmat Allah swt. Aminn...

Hi dah lama kan aku tak update blog kan? Hehe. Ada ke yang baca? Disebabkan tak ada siapa nak bacalah aku nak update nih. Program SifuFbAds ini dijalankan di Shah Alam Convention Centre (SACC). Aku hadir under company Cantiqa Golden Sdn. Bhd. So, dapat lah aku merasa teknik copywriting yang hebat dari sifufbads nih. Kawan aku Kuza buka restoran ikan patin dengan nama "Ikan Patin Kancil" dengan tag line "Ingat Patin Ingat Kancil". Huhu. Hebat dia nih... Aku yang berniaga dari zaman sekolah pon tak bersemangat nak berbisnes sebab my parents tak suka sangat if anak perempuan berniaga. Lagi pun orang dulu-dulu just ingat kalau berniaga ni mesti dengan cara old school gituh.

         Oklah kita sambung lah teknik copywriting yang aku belajar hari tuh. Firstly, intro for chapter C ni belajar copywriting mindset. Copywriting mindset ni terbahagi kepada 3 iaitu:

1-Marketing
2-Audience
3-Product

Untuk ketiga-tiga copywriting mindset kita kena buat research dahulu iaitu dengan analisis SWOT.
SWOT tu stand for strength, weakness, opportunity and threat. Bagi aku bila kita dah buat research dan membuat segala perbandingan antara produk kita akan dapat research gap. Korang tahu tak research gap ni apa? Dengan research gap ni lah kita dapat buat problem statement iaitu  kita ambil problem statement dalam kajian kita tu sebagai peluang untuk kita pasarkan produk kita yang berbeza atau mempunyai penambah-baikan daripada produk sebelum ni yang ada di pasaran.

Kemudian, kita kena buat target customer kita. Basic nya adalah bagaimana kita nak positioning our produk in the market. Dah ada produk mestilah nak kena ada market kan and then, where to position our product kan? The best target is we know who is our customer. Terdapat 4 analisis yang perlu dilakukan dalam nak buat siapakah sasaran yang tepat bagi produk kita iaitu:

1-Demography (gender, status, age, etc)
2-Geography (where they work, where they travel, etc)
3-Psychography (active, working, etc)
4-Sociography (their social environment)

Sebagai contohlah kan, produk minyak dara oleh abang dara kita tu pada mulanya produk itu dipasarkan tanpa julat umur, kawasan dan sasaran yang tepatlah. Now, produk yang beliau fokuskan target customernya kepada golongan bekerjaya yang aktif dan dalam range umur 25-40 tahun yang banyak mengalami masalah seperti penat bekerja dan keguguran rambut dan lain-lain masalah yang kebanyakannya dialami oleh golongan tersebut.

Eh, panjangla pulak... Kita sambung next part ye.


Comments

Posting terbaru saya